MALAYSIA NEGARA KEDUA TERBAIK DI DUNIA TANGANI COVID-19

GAMBAR: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Malaysia diletakkan sebagai negara kedua terbaik dalam menangani pandemik COVID-19 lapor Agensi berita China Press.

Negara pertama terbaik diberikan kepada Taiwan.

Kedudukan itu dikeluarkan pemikir Jepun yang melakukan kaji selidik ke atas 49 negara utama yang diserang wabak berkenaan.

Malaysia memperoleh 144 mata manakala Taiwan mendapat 180 mata daripada jumlah keseluruhan 200 mata.

Kaji selidik itu dibuat dengan berpandukan dua kriteria iaitu kesan pandemik dan impak ekonomi disebabkan COVID-19.

Hong Kong diletakkan di tangga ketiga dengan 143 mata diikuti Thailand (126). China dan Korea Selatan (124), Australia (120), New Zealand (99), Jepun (95) dan Norway (90).

Amerika Syarikat yang diserang hebat virus berkenaan ditangga ke 41 dengan 24 mata manakala Peru ditangga terakhir dengan 10 mata.

Laporan kaji selidik itu menyebut, negara di Asia Tenggara memperoleh kedudukan yang tinggi disebabkan langkah berjaga-jaga yang diambil awal selepas mengesan virus baharu itu selain menutup pintu masuk negara yang memberi kesan besar terhadap kadar penularan.

Selain itu laporan juga menyebut, kesan pandemik dan impak ekonomi sebahagian besarnya bergantung kepada langkah yang diambil oleh sesebuah negara. — AlHijrah Online

Leave a Reply