Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RASULULLAH BERHIJRAH KERANA ALLAH SWT, BUKAN MENJADI PELARIAN – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

RASULULLAH BERHIJRAH KERANA ALLAH SWT, BUKAN MENJADI PELARIAN – ZULKIFLI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri hari ini menegaskan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan tindakan melarikan diri, sebaliknya menunaikan tuntutan dan perintah Allah.

Beliau turut memperjelas rujukan daripada ulama tersohor, Sheikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti mengenai perkara itu.

“Saya teringat dalam satu kitab Fiqh al-Sirah dikaryakan oleh Sheikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti bila mana beliau mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW berhijrah ke kota Madinah bukan bermakna baginda melarikan diri, dengan hanya melarikan diri begitu. Namun ia dibuat atas perintah dan tuntutan Allah.

“Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding perkataan lain.”

Datuk Dr Zulkifli menjawab soalan tambahan ahli parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berhubung kenyataan ahli parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang dilapor menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai pelarian.

Mohamad ketika itu membahaskan usul titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Isnin.

Datuk Mohd Fasiah turut mempersoal adakah apa yang diungkapkan Mohamad itu boleh diklasifikasikan sebagai menghina rasulullah atau sebaliknya. — Alhijrah Online / Nurayuni Johari.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading