IPOH : Seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tujuh pertuduhan mengurung, melakukan seks luar tabii dan serangan seksual terhadap isterinya serta memiliki video cakera padat (VCD) lucah, pertengahan April lalu.
Tertuduh berusia 36 tahun dari Seri Manjung itu membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan isteri dengan cara memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Padang Tembak, Lumut antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Tertuduh turut didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan zakar palsu ke dalam kemaluan isterinya yang berusia 36 tahun tanpa kebenaran.
Kesalahan itu dilakukan di rumah yang sama antara jam 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu dan antara jam 9 hingga 10 pagi pada 17 April lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.
Tertuduh yang telah memiliki tiga anak turut berdepan tuduhan di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya untuk mengadakan persetubuhan dengannya.
Kesalahan itu dilakukan di rumah yang sama antara jam 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.
Tertuduh turut didakwa atas kesalahan mengurung isterinya dengan salah di lokasi yang sama antara jam 1.30 tengah hari pada 16 April sehingga 12 tengah hari pada 18 April lalu.
Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 340 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum Seksyen 342 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Di kamar sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan kerana memiliki 13 keping VCD lucah yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Berikutan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman penjara berjalan serentak mulai hari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests