PELAN LANGKAH SEGERA EKONOMI INDUSTRI KREATIF DILANCARKAN

Last Updated on

KUALA LUMUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melancarkan Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bagi membantu pengiat industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Objektif PELAKSANA adalah bagi menjana semula industri kreatif tanah air dengan bekerjasama dengan pihak stesen televisyen swasta seperti TV Alhijrah, ASTRO dan Media Prima Berhad.

PELAKSANA juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam masa yang singkat bagi syarikat penerbitan tempatan, perseorangan dan belakang tabir.

Pelan ini akan memberi tumpuan kepada Dana Kandungan Digital (DKD), geran pembangunan modal insan, dan pakej insentif di bawah skim wajib tayang.

Majlis pelancaran PELAKSANA diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini dengan dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. – AlHijrah Online

Leave a Reply