MALAYSIA RAKAN STRATEGIK UTAMA DALAM USAHA TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN ASIA – ERDOGAN
Malaysia menjadi persinggahan pertama dalam lawatannya, dengan Erdogan menyifatkan negara itu sebagai “rakan kongsi strategik komprehensif sejak 2022” dan selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025.
KUALA LUMPUR: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin.
“Kami memulakan lawatan empat hari ini bagi memenuhi jemputan Malaysia, Indonesia dan Pakistan,” kata Erdogan dalam satu hantaran di akaun rasmi X sebelum berlepas.
Hantaran itu, yang asalnya dalam bahasa Turki, menggariskan harapan beliau terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke tiga negara itu.
Malaysia menjadi persinggahan pertama dalam lawatannya, dengan Erdogan menyifatkan negara itu sebagai “rakan kongsi strategik komprehensif sejak 2022” dan selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025.
“Sepanjang lawatan ke ketiga-tiga negara mesra dan bersaudara ini, kami akan menandatangani pelbagai perjanjian yang bertujuan memperkukuh lagi hubungan dua hala,” katanya.
Selain kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi, Erdogan turut menekankan komitmen bersama antara Malaysia dan Turkiye dalam isu antarabangsa.
“Kami juga bekerjasama rapat di peringkat antarabangsa, terutama dalam isu Palestin. Insya-Allah, kita akan memperhebatkan usaha ini pada masa akan datang,” kata pemimpin itu.
Dalam rangka lawatannya ke Kuala Lumpur, beliau dijadual menerima Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam diplomasi global.
Erdogan juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), serta menghadiri forum perniagaan Malaysia-Turkiye.
Selepas Malaysia, beliau akan berkunjung ke Indonesia sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan mengukuhkan hubungan dengan ASEAN.
Pakistan pula menjadi destinasi terakhir dalam lawatan itu, yang disifatkan oleh Erdogan “mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Turkiye dan bangsa Turki.”
“Pada 2019, kami melancarkan ‘Asia Anew Initiative’ sebagai langkah untuk memperkukuh kerjasama dengan Asia.
“Saya berharap lawatan ini, yang merupakan sebahagian daripada usaha itu, akan mempercepatkan lagi hubungan yang dibina atas dasar persaudaraan dengan Malaysia, Indonesia dan Pakistan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests