Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGARAH YADIM TERENGGANU MENINGGAL DUNIA KERANA SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

PENGARAH YADIM TERENGGANU MENINGGAL DUNIA KERANA SERANGAN JANTUNG

Mohd Haki turut memaklumkan bahawa mangsa pernah mengalami serangan jantung pada 2019 dan telah menjalani prosedur pemasangan stent di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Sumber: Instagram Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Hj. Mokhtar

KOTA BHARU: Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Allahyarham Nasrul Hadi Saidi, 48, yang meninggal dunia semalam mempunyai sejarah serangan jantung sejak 2019.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu sekitar 8.24 malam.

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri Majlis Kalam Madani.

“Menurut pengadu, mangsa mengalami serangan jantung sebanyak dua kali dengan serangan kedua menyebabkan beliau tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun doktor mengesahkan Allahyarham telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki turut memaklumkan bahawa mangsa pernah mengalami serangan jantung pada 2019 dan telah menjalani prosedur pemasangan stent di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak forensik Hospital Tanah Merah mendapati punca kematian adalah serangan jantung,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading