Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID, SURAU SELIAAN JAKIM DAN JAWI ADAKAN SOLAT HAJAT DOA KESEJAHTERAAN AGONG ESOK

DALAM NEGARA

MASJID, SURAU SELIAAN JAKIM DAN JAWI ADAKAN SOLAT HAJAT DOA KESEJAHTERAAN AGONG ESOK

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

PUTRAJAYA: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Bagina berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahmandan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading