Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Mangsa renjatan elektrik selamat disemadikan

DALAM NEGARA

Mangsa renjatan elektrik selamat disemadikan

Jenazah tiga beranak mangsa renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh, Kelantan.

PASIR PUTEH – Jenazah suami isteri dan janin yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh, kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jenazah Wan Hasheliza Wan Ibrahim, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, yang kedua-duanya berusia 29 tahun dan janin berusia lapan bulan itu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Pengebumian tiga sekeluarga itu disaksikan kira-kira 100 ahli keluarga dan penduduk yang hadir di perkuburan berkenaan.

Sebelum itu, ketiga-tiga jenazah yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh tiba pada jam 8.30 pagi sebelum disembahyangkan di rumah keluarga allahyarham Wan Hasheliza di Kampung Sepulau.

Berita AlHijrah semalam melaporkan empat termasuk suami isteri maut terkena renjatan elektrik selepas tangga separa siap di rumah sewa mereka runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, pasangan itu bersama janin meninggal dunia di lokasi. Turut terkorban jiran mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35 tahun dan Bambang Sulistio, 39 tahun yang pada awalnya cuba menyelamatkan Wan Hasheliza yang tersepit di bawah runtuhan tangga.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading