MASJID SYIAH DIBOM LAGI, SEKURANG-KURANGNYA 32 MAUT

KANDAHAR, AFHGANISTAN: Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 45 yang lain cedera dalam satu letupan yang berlaku di sebuah masjid Syiah di Kandahar, Afghanistan.

Lapor berita Al-Jazeera, letupan tersebut berlaku hari ini di Masjid Bibi Fatima yang merupakan masjid Syiah terbesar di bandar tersebut.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Insiden tersebut berlaku seminggu selepas kejadian pengeboman di sebuah masjid Syiah di Kunduz, Afghanistan yang melibatkan ratusan maut.–AlHijrah Online

MENYUSUL LANJUT

Leave a Reply