Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MASJID TERSILAP LAUNG AZAN AWAL TIGA MINIT, PUASA KARIAH TERBATAL

DALAM NEGARA

MASJID TERSILAP LAUNG AZAN AWAL TIGA MINIT, PUASA KARIAH TERBATAL

KUALA LUMPUR: Masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak mengakibatkan berlaku kesilapan laungan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.

Nazir Masjid Al-Khairiyah, Wan Nawawi berkata kejadian kesilapan itu berlaku kelmarin dan kariah masjid yang bergantung kepada laungan azan masjid tersebut untuk berbuka puasa pada hari berkenaan perlu menggantikan puasa yang terbatal.

“Assalamualaikum, saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada 19 April lalu disebabkan masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid.

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan adalah terbatal pada hari itu serta perlu diganti/diqada,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Jelas beliau lagi, ibadah puasa yang perlu diganti akibat kesilapan laungan azan tersebut juga pernah diperjelas bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam siri Bayan Linnasnya.

“Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya

Dalam Bayan Linnas Siri ke-97, Zulkfli menjelaskan pihaknya lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqada. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading