Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT BAYI CUKUP SIFAT DITEMUI DALAM LOJI KUMBAHAN

DALAM NEGARA

MAYAT BAYI CUKUP SIFAT DITEMUI DALAM LOJI KUMBAHAN

SEREMBAN: Mayat seorang bayi lelaki ditemui terapung dalam sebuah loji kumbahan di Taman College Height, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat bayi yang cukup sifat itu daripada orang awam, pada 10.38 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati objek dilapor adalah mayat seorang bayi yang cukup sifat dan anggaran kematian lebih dari sehari,” dalam kenyataannya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh memaklumkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading