Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT KEDUA KANAK-KANAK JATUH LONGKANG DIJUMPAI

DALAM NEGARA

MAYAT KEDUA KANAK-KANAK JATUH LONGKANG DIJUMPAI

Selepas tiga hari hilang, kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini ditemui petang tadi, di sebalik timbunan sampah dan batu.

AMPANG: Selepas tiga hari hilang, kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini ditemui petang tadi, di sebalik timbunan sampah dan batu.

Mangsa kedua dalam kejadian itu, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun, dijumpai pada jam 5.10 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mayat kedua mangsa yang hanyut itu sudah ditemui petang tadi dan kini dalam proses membawa mayat keluar.

“Mangsa ditemui lebih kurang 400 meter dalam timbunan sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu media melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana.

Seorang lagi mangsa, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan ,8 , ditemui jam 6.30 petang semalam pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading