KUALA LUMPUR: Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata tanpa kerjasama media, peranan yang dimainkan oleh organisasi berkaitan agama seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak dapat dimaklumkan kepada orang ramai.
“Kalau peranan ini tidak dimainkan dan kerjasama ini tidak diperkukuh, saya rasa agensi agama ini tidak akan ke mana, jadi saya harap hubungan media dan agensi ini dapat diteruskan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan dan Amal YaPEIM Bersama Media 2023 di sini malam semalam.
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin pula berkata wartawan perlu menjadikan etika kewartawanan Malaysia sebagai panduan.
“Ini kerana kita tidak mahu laporan yang tidak sahih kerana dari situ akan terhasilnya berita palsu yang bakal tersebar luas kepada seluruh masyarakat.
“Kita sekarang berada di dalam era digital… portal media sudah banyak melangkau berbanding media cetak dan penyiaran jadi wujud kebimbangan mengenai laporan serta maklumat yang kita salurkan terutama daripada ‘wartawan segera,’” katanya ketika berucap sebagai wakil media pada majlis itu.
Beliau berkata berita yang tidak sahih bukan sahaja memberi kesan kepada wartawan yang menulisnya tetapi juga organisasi secara keseluruhan jadi etika kewartawanan harus dirujuk dan digunakan sebagai panduan dalam melaporkan berita.
Sebanyak 100 pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar serta jurukamera serta bekas pengamal media disantuni oleh YaPEIM menerusi bantuan tunai berjumlah RM50,000 melalui lima persatuan dan kelab media.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Dr Mohd Radzif Mohd Yunus berkata mereka menerima bantuan RM500 seorang di bawah program Inspirasi Prihatin YaPEIM.
“Usaha ini berjaya direalisasikan dengan kerjasama Kelab Media KL dan Selangor (KLS), Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA), Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA), Kelab Media Putrajaya dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang mengenal pasti penerima dalam kalangan pengamal media yang benar-benar memerlukan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests