MEKANISMA BAHARU PERCEPAT PENGELUARAN SIJIL HALAL PERLU DILAKSANA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Halal Malaysia hari ini sepakat bersetuju bahawa satu mekanisma atau proses baharu perlu dilaksanakan bagi mencepatkan proses pengeluaran sijil halal.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Halal Malaysia hari ini sepakat bersetuju bahawa satu mekanisma atau proses baharu perlu dilaksanakan bagi mencepatkan proses pengeluaran sijil halal.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia memandangkan pengeluaran sijil halal ketika ini mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk diluluskan berikutan beberapa kekangan termasuk karenah birokrasi.
“Pengeluaran sijil-sijil halal itu hendaklah dilakukan dengan mempercepatkan prosesnya, tetapi mematuhi syarat-syarat yang ditentukan.. kita harus keluar daripada kepompong pemikiran dan pendekatan silo dalam perkara ini.
“Ini kerana terdapat lebih 200,000 syarikat halal, tetapi untuk memperoleh sijil halal ini ada kekangan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan Buku Plan Besar lndustri Halal 2030 pada pelancarannya di Parlimen hari ini. — Bernama
Justeru, beliau berkata antara langkah dilakukan bagi menambah baik prosedur itu adalah pelancaran Pelan Induk hari ini yang antara lain melakar hala tuju industri halal yang mempunyai potensi pasaran domestik dan luar negara.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal 2030 itu dilihat memang tepat pada masanya, semasa negara berusaha untuk memanfaatkan secara strategik permintaan global yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan halal.
Beliau berkata Pelan Induk itu juga akan mengukuhkan lagi peranan kepimpinan Malaysia dalam industri halal, dengan memanfaatkan kelebihan negara yang memiliki ekosistem industri halal diiktiraf dunia, di samping memiliki kepakaran yang diperlukan.
Beliau seterusnya mencadangkan agar penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang melibatkan pengeluar produk dan pemain industri pada 15 Sept ini, turut melaksanakan program padanan perniagaan.
“Padanan perniagaan dengan rakan-rakan, perkongsian pintar di luar negara (perlu dilaksanakan) agar produk-produk halal ini dapat dieksport ke pasaran yang berpotensi besar melalui business partners atau pun rakan-rakan perkongsian dalam sektor perniagaan halal ini di luar negara,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked