Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENINGGAL DUNIA AKIBAT SESAK NAFAS KETIKA MENDAKI

DALAM NEGARA

MENINGGAL DUNIA AKIBAT SESAK NAFAS KETIKA MENDAKI

KUALA TERENGGANU: Seorang agen insurans meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Besar, Kuala Terengganu dipercayai akibat sesak nafas.

Mangsa Wan Mohd Azmi Ibrahim, 54 tahun dilaporkan melakukan aktiviti itu secara bersendirian.

Menurut saksi, Zawawi Ngah, dia melihat mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum terjatuh kira-kira 200 meter di hadapannya.

Zawawi yang ketika itu sedang mendaki bukit menggunakan denai sama yang dilalui mangsa, segera memberi bantuan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 (PBK II) Zamberi Omar berkata, empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu diberikan bantuan pernafasan namun tidak berjaya dan disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa turun dari puncak bukit setinggi 156 meter menggunakan pengusung sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading