MENTERI NAFI DAKWAAN RUU MUFTI DIGUBAL TERGESA-GESA, DIPENGARUHI PIHAK TERTENTU
KUALA LUMPUR: Dakwaan Rang Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) (RUU MUFTI) digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Bernama
KUALA LUMPUR: Dakwaan Rang Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) (RUU MUFTI) digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menafikan dakwaan terbabit dan menasihat semua pihak tidak menyebarkan kenyataan yang tidak bersandarkan fakta.
“Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
“Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan Hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya Jawatankuasa Penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah ditubuhkan pada tahun 2021 bertujuan untuk mengkaji dan menggubal suatu Akta yang khusus untuk Mufti.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Selangor.
“RUU Mufti telah melalui suatu proses penggubalan yang teliti dan panjang bagi memastikan suatu RUU yang komprehensif digubal serta teratur dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang tidak bersandarkan fakta kerana ia boleh mencetuskan polemik terhadap usaha murni ini,” katanya.
RUU Mufti dijangka akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang telah bermula sejak semalan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager