MISI SERAMPANG DUA MATA OPERASI PEMBENIHAN AWAN – ARMIZAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata OPA dijalankan bukan hanya ingin melihat empangan tadahan air kembali ke paras normal tetapi ia juga sebagai pelan strategik bagi membantu sektor pertanian yang terkesan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) bercakap pada sidang media mengenai Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini. –fotoBERNAMA
SUBANG: Operasi pembenihan awan (OPA) akan menggunakan pendekatan serampang dua mata iaitu memastikan empangan tadahan air terlibat mempunyai kapasiti air mencukupi pada masa sama sektor pertanian tidak terjejas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata OPA dijalankan bukan hanya ingin melihat empangan tadahan air kembali ke paras normal tetapi ia juga sebagai pelan strategik bagi membantu sektor pertanian yang terkesan.
Beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi-agensi berkaitan telah mengenal pasti sekurang-kurangnya enam sungai di seluruh negara untuk OPA bagi tujuan fertigasi yang akan membantu dalam sektor pertanian.
“Antara sungai yang dikenal pasti ialah Sungai Muda di Kedah; Sungai Bernam yang terletak antara Selangor dan Perak dan Sungai Similajau di bahagian Bintulu, Sarawak,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan akhir OPA memfokuskan kawasan Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, kedua-duanya di Pulau Pinang di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.
Pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MetMalaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Operasi itu akan diteruskan hingga 13 Jun menyasarkan kawasan sekitar empangan terbabit di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut.
Setakat 12 Jun, kapasiti air di Empangan Air Itam mencatatkan sebanyak 48.6 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pula 44.4 peratus.
Armizan berkata kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera sesuai seperti kelembapan tinggi, kehadiran awan kumulus selain kelajuan angin lemah dan faktor itu membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran.
“Pada 2 hingga 4 Mei lepas, operasi sama telah dijalankan di Pulau Pinang dan berjaya menghasilkan 100 peratus hujan di kawasan disasarkan. Ramalan kebarangkalian hujan untuk operasi kali ini adalah pada kadar sekitar 80 peratus berikutan kelembapan atmosfera agak rendah,” katanya.
OPA hari ini menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang membawa empat tangki mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan pihak MetMalaysia.
Armizan berkata kerajan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi itu boleh mengemukakan syor kepada pihak NADMA untuk penilaian.
“Kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh MetMalaysia bagi menjamin kejayaan OPA,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests