Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN MENGHADAP AGONG PAGI INI

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN MENGHADAP AGONG PAGI INI

GAMBAR ARKIB / AFP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan membawa Muhyiddin yang diiringi polis dilapor masuk ke Istana Negara melalui pintu satu sekitar jam 7.45 pagi tadi.

Dilaporkan secara kebiasaan, beliau selaku Perdana Menteri akan menghadap Al-Sultan Abdullah sebelum mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu bagi menyembah makum berkenaan pentadbiran negara.

Istana Negara hari ini kembali menjadi tumpuan selepas media melaporkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik termasuk pembangkang.

Majlis menghadap itu dilapor akan dibuat secara berasingan bermula hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading