Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUKA ARWAH ANAK SAYA HANCUR ADA KESAN KETUKAN OBJEK TUMPUL – BAPA MANGSA KEBAKARAN

DALAM NEGARA

MUKA ARWAH ANAK SAYA HANCUR ADA KESAN KETUKAN OBJEK TUMPUL – BAPA MANGSA KEBAKARAN

Seorang bapa yang menyangka kebakaran yang menimpa anak serta ibu dan bapa mentuanya sebagai kemalangan biasa, terkejut apabila dimaklumkan wajah anaknya hancur bukan akibat kebakaran semata-mata.

MUAR: Seorang bapa yang menyangka kebakaran yang menimpa anak serta ibu dan bapa mentuanya sebagai kemalangan biasa, terkejut apabila dimaklumkan wajah anaknya hancur bukan akibat kebakaran semata-mata.

Nor Hasyim Tahir, 43, bapa kepada Allahyarham Noradriana, 11, yang maut dalam kebakaran yang turut mengorbankan ibu dan bapa mentuanya pagi semalam, memberitahu muka anaknya hancur namun tidak mengetahui puncanya.

Dia diberitahu perkara itu ketika menuntut jenazah anaknya di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dalam keadaan muka hancur serta kesan kecederaan akibat dihentak objek tumpul.

“Saya boleh cakap keadaan anak saya mukanya hancur disebabkan bekas ketukan. Saya tidak tahu apa puncanya.

“Menurut doktor, kesan kebakaran tidaklah teruk sangat malah kematiannya juga bukan disebabkan itu (kebakaran) tapi akibat ketukan kuat di kepala.

“Itulah yang membuatkan saya sedih apabila menatap jenazahnya petang semalam,” katanya ditemui selepas pengebumian Noradriana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh, hari ini.

Sementara itu, Norhasyim berkata, anak tirinya Norazima Mohd Radhi,14, yang turut terlibat dalam kejadian kebakaran itu masih dirawat di HPSF, Muar.

Namun difahamkan sehingga kini pihak hospital dan pihak polis masih tidak membenarkan sesiapa untuk melawat anak tirinya itu kerana dia berada dalam keadaan trauma.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, ibu bapa mentua, Mohamed Nor Mohamed Yasin, 82 dan isterinya Ara Abdul Hamid, 76, turut maut dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 85 peratus rumah separuh kayu.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu, seorang anak pasangan warga emas yang juga bapa saudara arwah Noradriana, Azman Mohamed, 48, menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading