Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NILAI JUALAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DIUNJUR MENINGKAT

DALAM NEGARA

NILAI JUALAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DIUNJUR MENINGKAT

LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) optimis untuk mencapai unjuran peningkatan nilai jualan sebanyak 2.5 peratus menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia pada tahun ini berbanding prestasi tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pelaksanaan kempen itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM3.3 bilion pada 2020 berbanding nilai jualan sebanyak RM2.84 bilion pada 2019.

Menurut Rosol, nilai jualan yang diperoleh melalui portal dalam talian ‘marketplace’ pada 2020 melebihi RM145 juta berbanding 2019 sebanyak RM6.84 juta.

“Untuk unjuran tahun depan, kita merayu kepada semua rakan strategik seperti pasaraya besar supaya berkolaborasi dengan kita untuk memasarkan produk tempatan,”katanya

Menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia ini, KPDNHEP menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, malah pelaksanaan inisiatif ini telah dimulakan sejak 1984.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Langkawi pada Sabtu.

Pada perasmian kempen tersebut, seramai 20 usahawan mikro, kecil dan sederhana tempatan menyertai Karnival Jualan Beli Barangan Malaysia bermula 11 hingga 14 November.

Tambahnya, kempen tersebut juga disasarkan menjadi serampang dua mata dalam membantu meningkatkan jualan produk pengusaha tempatan sekali gus mengukuhkan ekonomi negara. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading