KUALA LUMPUR – Operasi ketenteraan Turki di sempadan negara itu dengan Syria merupakan sebahagian daripada pendekatan kemanusiaannya yang setakat ini menyaksikan lebih 310,000 rakyat Syria berjaya kembali ke tanah air mereka, kata Dr Merve Safa Kavakci.
Duta Turki ke Malaysia itu berkata, memandangkan lebih 3.6 juta
“tetamu” atau orang yang tersingkir di Turki kebanyakannya berasal dari
Syria, ia menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Turki untuk
mewujudkan kelestarian dan memastikan terdapat satu laluan yang selamat
untuk mereka pulang.
“Isunya bukan sekadar menjadi tuan rumah
kerana mereka adalah tetamu anda… sebaliknya anda perlu menyediakan
kemudahan pendidikan, keselamatan dan penjagaan kesihatan kepada mereka
sama seperti yang anda lakukan untuk rakyat anda selain memastikan agar
kesemua tetamu ini, yang tidak sabar untuk kembali ke tanah air mereka,
mempunyai tempat untuk pulang,” kata beliau dalam satu ceramah di sini
pada Isnin.
Katanya mewujudkan kelestarian dan bukan kebergantungan adalah makna sebenar pendekatan kemanusiaan.
Turki telah menjalankan dua operasi rentas sempadan yang dikenali sebagai Euphrates Shield dan Olive Branch untuk membersihkan kawasan terbabit daripada organisasi pengganas seperti YPG dan Daesh.
Ceramah itu,
yang bertajuk ‘Paradigm Shift in Foreign Policy: Humanitarian Approach’
merupakan sebahagian daripada Dialog Global Fakulti Perniagaan
Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) anjuran Universiti Teknologi Malaysia
(UTM).
Ia mengetengahkan perspektif Turki dalam menangani isu
kemanusiaan antarabangsa yang mencerminkan krisis kemanusiaan kompleks
yang didepani dunia hari ini dan memaksa kerajaan memikirkan semula
pendekatan dalam memenuhi keperluan kemanusiaan.
Acara itu dirasmikan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar dan dihadiri lebih 300 orang.
Dialog
Global AHIBS merupakan satu inisiatif selaras dengan Pelan Global UTM
2012-2020 yang direka untuk memperkukuh kedudukan universiti itu sebagai
sebuah institusi pendidikan global serta terkemuka dan sebelum ini
menampilkan Duta Hungary, Denmark serta Gambia selain Pesuruhjaya Tinggi
Pakistan.
Kavakci berkata dasar luar Turki dalam pendekatan
kemanusiaan, yang bermula pada tahun 2000-an, memboleh kerajaan negara
itu bukan sekadar menjaga kebajikan rakyatnya malah menghulurkan bantuan
kepada mereka yang memerlukan dengan kesedaran bahawa “setiap nyawa
adalah berharga.”
Bagaimanapun, duta itu berkata pendekatan kemanusiaan Turki adalah proses yang berterusan dan ia bukanlah satu tugas yang mudah.
“EU
(Kesatuan Eropah) telah berjanji untuk menghulurkan bantuan sebanyak 3
campur 3 bilion Euro namun janji itu belum ditunaikan sepenuhnya. Hanya
sejumlah 1.75 bilion Euro telah diserahkan. Bakinya tidak kunjung tiba.
UNHCR (Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah
memberikan sejumlah US$750 juta. Turki pula mengeluarkan belanja
sebanyak US$35 bilion,” kata duta itu.
Kavakci berkata menurut
laporan Bantuan Kemanusiaan Global, Turki adalah penyumbang terbesar
dengan jumlah US$8 bilion pada tahun lepas diikuti ekonomi terbesar
dunia Amerika Syarikat (US$6.68 bilion) dan Jerman (US$2.98 bilion).
“Satu
nyawa di Kuala Lumpur adalah sama harganya dengan satu nyawa di Madrid
atau Turki. Adalah penting untuk anda mengiktiraf bahawa dunia adalah
lebih penting berbanding kuasa yang lima (lima anggota tetap Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Amerika Syarikat,
China, Britain, Rusia dan Perancis).
“Semua negara adalah berharga dan semua masalah perlu diberi perhatian,” kata beliau sambil menamatkan ceramahnya. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked