OXIMETER, TERMOMETER PERCUMA KEPADA KELUARGA B40

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Sejumlah RM471.6 juta diperuntukkan kerajaan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 sebagai persediaan ke arah fasa endemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PPC tersebut mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga); kit ujian kendiri COVID-19 (empat kit setiap keluarga); satu ‘pulse oximeter’; satu termometer; serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN – KERAJAAN SETUJU LAKSANA DOS KETIGA VAKSIN COVID-19

“Usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Ujar Ismail Sabri inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. — AlHijrah Online

Leave a Reply