Walaupun singkat, hanya tiga hari dua malam, misi yang disertai penulis dengan jurukamera Nazhi Kasim, bersama delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hakikatnya membuka mata bahawa sebahagian penduduk Palu di Sulawesi Tengah, Indonesia, masih menjalani kehidupan mendesak dan serba kekurangan.
Menjejakkan kaki di “ground zero” yang dibadai tsunami dan likuifaksi membuktikan perkara itu. Mata sukar berkelip saat membayangkan ketakutan yang dihadapi penduduk setempat ketika tsunami melanda.
Sebelum ke sana, penulis menjangkakan wilayah itu telah kembali pulih dan mangsa bencana itu sudah menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Apatah lagi sebaik tiba di Lapangan Terbang
Mutiara SIS Jufri, Palu, penulis melihat kesan kerosakan akibat gempa telah
dibaiki dan sebahagiannya berwajah baharu dan moden. Persepsi penulis
bagaimanapun meleset apabila menuju ke lokasi dibadai tsunami pada Maghrib, 28
September 2018.
Terletak kurang 10 kilometer dari
lapangan terbang, penulis dan delegasi MAPIM bersama pegawai dan wakil
agensi-agensi agama persekutuan melalui beberapa kawasan yang teruk dihempas
ombak tsunami.
Teringat pula video-video viral yang
memilukan, ketika penduduk setempat lari bertempiaran cuba menyelamatkan diri
dengan laungan AllahuAkbar.
Antara persinggahan awal kami adalah
sebuah masjid yang telah tujuh tahun dalam pembinaan, sebelum akhirnya roboh
menyembah bumi pada hari kejadian.
“Saya stres, namun rakan-rakan lain mengingatkan saya supaya bersabar kerana musibah ini Allah yang turunkan”, jelas Makmur Salatung, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Masjid Al-Muhajirin ketika gempa bumi meruntuhkan struktur yang lebih peratus siap itu.
Kesan runtuhan masih kelihatan. Tidak
dialihkan pun tiang-tiang, batu-batuan dan serpihan akibat gegaran kuat.
Hari sama, delegasi kami turut melawat
sebuah lagi masjid yang rosak teruk, kali ini di Belaroa. Jelas sekali retakan,
rekahan masih tidak dibaiki. Malah masjid itu tidak lagi boleh berfungsi
memandangkan retakannya boleh mengundang bahaya kepada jemaah.
Di Belaroa jugalah terjadinya
likuifaksi, fenomena pergerakan tanah lembap yang ‘menelan’ kediaman dan
sekolah, tidak terkecuali ribuan penduduk setempat. Ratusan keluarga hanyut dek
pergerakan tanah lembap, sekali gus ‘mengebumikan’ mereka.
“Sekolah saya musnah dan sebahagiannya dibawa arus akibat likuifaksi. Saya kehilangan 80 rakan sekolah dalam sekelip mata”, jelas Fadilah, remaja 11 tahun yang penulis temui ketika melawat kawasan berlakunya likuifaksi.
Wawancara itu dilakukan kira-kira 200
meter dari lokasi sekolahnya yang kini langsung tidak kelihatan. Jelas Fadilah,
ketika gempa, dia sedang bersiap untuk ke kelas Karate. Namun gegaran kuat
memaksa keluarganya berlari mencari perlindungan.
Jelas sekali, ratusan kediaman yang
retak, roboh, hancur tidak lagi dihuni. Pemiliknya? Sama ada telah meninggalkan
kawasan itu untuk mencari perlindungan atau mungkin telah syahid. Allahuakbar.
Tidak terbayang kalau penulis di tempat kejadian ketika likuifkasi berlaku.
Tengok video viral pun dah mengerikan. Kini, sebahagian kecil kejiranan di
Belaroa bagaikan kawasan mati.
Walaupun kunjungan singkat, Palu membuka mata penulis tentang betapa terdesaknya kehidupan mereka, meski pun hampir setahun bencana itu berlalu. Hati ini memikirkannya ketika laluan konvoi misi kami sempat melalui lokasi penempatan ribuan khemah yang wujud bagaikan kem pelarian. Bayangkan, hidup dalam khemah di negara sendiri.
Riak wajah penghuni kem seolah-olah
tiada apa yang berlaku. Namun jauh di sudut hati mereka, pasti terdetik untuk
kembali menjalani fitrah kehidupan lebih baik sebagaimana sebelum bencana alam
setahun yang lalu itu.
“Insha Allah, akan terus dibantu walaupun mungkin makan masa panjang. Palu masih perlukan kita,” kata Dr Sani Araby, Ketua Pegawai Ekskutif MAPIM yang mengetuai delegasi ke Palu, baru-baru ini. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita TV AlHijrah.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked