KUALA LUMPUR: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang membantu lebih 100,000 asnaf bukan hanya institusi zakat yang menjaga kebajikan umat Islam, tetapi turut menumpukan kepada pemilikan ummah.
Pengurus Besar TBS, Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie berkata pemilikan ummah itu antara lain dilakukan dengan pemilikan hartanah oleh institusi zakat itu yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada umat Islam.
Katanya, TBS juga secara umumnya menggunakan tiga pendekatan utama melalui program pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan institusi-institusi Islam.
“TBS ada tiga pendekatan utama, pertama; program pendidikan iaitu jalan terbaik untuk seseorang individu keluar daripada kemiskinan dan kitaran ganas; kedua, kebajikan untuk membantu ummah dan ketiga; membantu institusi-institusi Islam seperi masjid, surau, NGO (badan bukan kerajaan) berkaitan dan institusi-institusi lain.
“Melalui internally generated fund pula kita buat pemilikan ummah, misalnya pemilikan hartanah (seperti hospital dan universiti) untuk persiapan masa akan datang,” katanya kepada AlHijrah Online di Kompleks Pusat Islam baru-baru ini.
Pengurus Besar TBS itu bersiaran secara langsung di TV AlHijrah melalui slot program Assalamualaikum diterajui pengacara Ardi Herman Mardzi dan Zaiton Khalid bagi menghebahkan kepada umum mengenai fungsi dan peranan institusi zakat terbabit.
Mengulas lanjut mengenai pemilikan ummah, Datu Abg Mohd Shibli berkata, melalui konsep terbabit, TBS boleh diibaratkan sebagai individu yang akan membantu golongan susah, mengajak mereka yang berkemampuan untuk membantu dan menghidupkan masyarakat dengan pemilikan hartanah.
“Ini akan menghidupkan konsep wakaf. Nama insitusi akan kekal dan bila kita dapat duit daripada umum, bakinya kita simpan untuk digunakan di masa akan datang.
“Itulah kitarannya, kita kutip (zakat, sedekah dan wakaf), ada lebihan kita simpan dan agihkan,” katanya.
Penerima bantuan TBS haruslah tergolong dalam
kelompok lapan asnaf iaitu fakir, miskin, Amil, Mualaf, Riqab, Gharimin,
Fisabilillah dan Ibnu Sabil.
“Bagaimanapun, secara umumnya bantuan TBS dibahagikan kepada tiga pendekatan program pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan institusi-institusi berkaitan,” jelas Datu Abg Mohd Shibli.
Ditanya mengenai plan jangka panjang TBS, beliau berkata, pihaknya akan menumpukan kepada aspek bantuan kesihatan, pendidikan, pemerkasaan ekonomi dan jaminan makanan (food safety).
“Empat ini adalah keperluan asas sampai bila-bila. Di masa akan datang, kos kesihatan akan menjadi mahal sekali dan begitu juga isu food scarcity (kekurangan makanan). Ini halatuju kita, suatu masa nanti mempunyai kilang, universiti dan hospital,” katanya menegaskan tumpuan ketika ini adalah mewujudkan aset wakaf yang lestari dan produktif.
Dalam usaha mendekati masyarakat, Datu Abg Mohd Shibli berkata, TBS turut melancarkan aplikasi “Jejak Asnaf” bagi membolehkan masyarakat Islam di Sarawak membuat aduan secara terus kepada institusi itu untuk tindakan lanjut.
“Kita banyak terima aduan. Dulunya kita ada direktori kebajikan seperti Yellow Pages tetapi sekarang semua orang ada smartphone.
“Melalui aplikasi Jejak Asnaf yang boleh dimuat turun secara percuma, kita akan meneliti semua aduan dibuat dengan KPI (tindakan) dalam masa tiga hari,” katanya.
Beliau menjelaskan aplikasi itu menerima
sambutan menggalakkan dalam kalangan mereka berumur antara 20 hingga 50 tahun.
“Daripada aduan diterima, kita dapati 60 peratus adalah kes sah dan dibantu dengan segera. Apa yang penting, melalui aplikasi Jejak Asnaf kita mendidik masyarakat menggunakannya tanpa perlu viralkan isu di media sosial,” kata Datu Abg Mohd Shibli mengakhiri sesi temubual kami.
Bermula sebagai Tabung Zakat dan Fitrah pada 1966, institusi terbabit telah dijenamakan kepada Tabung Baitulmal Sarawak pada 1985 sebelum melalui penyusunan semula pengurusannya pada 15 Disember 1998 dengan diketuai Pengurus Besar. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked