Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN TERLIBAT PENIPUAN TEMPAHAN RUMAH INAP

DALAM NEGARA

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN TERLIBAT PENIPUAN TEMPAHAN RUMAH INAP

Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan rumah inap yang dilaporkan berlaku di negeri ini, baru-baru ini.

Tangkap layar AlHijrah Online 8 Jun 2022.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan rumah inap yang dilaporkan berlaku di negeri ini, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt M. Zambri Mahmud berkata pasangan suami isteri yang berumur 27 dan 26 tahun itu ditangkap hasil serbuan di sebuah rumah di Dungun, semalam.

“Dalam serbuan tersebut, turut dirampas masing-masing satu unit kad ATM, telefon bimbit, SD Microkad dan simkad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan reman empat hari sehingga Ahad setelah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Dilaporkan baru-baru ini, hasrat beberapa pelancong untuk bercuti ke Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap yang ditempah mereka sebenarnya tidak wujud.

Mangsa dilaporkan cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah inap itu namun gagal dan penduduk yang tinggal berdekatan lokasi berkenaan memaklumkan bahawa rumah inap tersebut tidak wujud.

M. Zambri berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan daripada seorang mangsa yang menerima pesanan ringkas daripada satu nombor telefon bimbit yang mengaku sebagai pemilik rumah inap di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Katanya pada hari yang sama juga mangsa telah membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak RM221.50 ke satu akaun dan telah pergi ke ‘rumah inap’ berkenaan namun mendapati ia sebenarnya tidak wujud.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading