Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PBB SAMBUT BAIK GENCATAN SENJATA HAMAS-ISRAEL

DALAM NEGARA

PBB SAMBUT BAIK GENCATAN SENJATA HAMAS-ISRAEL

Sumber Gambar: Maxim Shemetov / AFP

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyambut baik gencatan senjata antara Gaza dan Israel serta mendesak semua pihak untuk mematuhinya.

Lapor agensi Anadolu, Guterres menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama dengan PBB bagi “membangunkan pakej sokongan bersepadu untuk pemulihan dan pembangunan segera dan berterusan serta menyokong rakyat Palestin dan memperkukuh institusi mereka”.

“Pemimpin Israel dan Palestin mempunyai tanggungjawab bagi memulihkan keadaan secara aman dan memulakan dialog yang serius bagi mengatasi punca konflik.

“PBB akan bekerjasama dengan Israel dan Palestin, rakan kongsi antarabangsa dan serantau, termasuk melalui Kuartet Timur Tengah (terdiri daripada PBB, AS, Kesatuan Eropah dan Rusia) untuk kembali ke meja rundingan bagi mengakhiri pendudukan dan kemungkinan untuk mewujudkan penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan sebelum 1967, resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian bersama,” katanya.

Terdahulu, gencatan senjata yang dilancarkan pada 2 pagi tadi waktu Malaysia dipersetujui selepas 11 hari Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading