Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM SAHKAN SAJJAD DITANGKAP

DALAM NEGARA

PDRM SAHKAN SAJJAD DITANGKAP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September 2021 oleh pihak imigresen Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Nur Sajat ditangkap atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

ARTIKEL BERKAITAN – SAJJAD DITAHAN DI THAILAND

“Pada 9 September, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia berhubung kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

Tambahnya, Nur Sajat juga didakwa di bawah Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

“Usaha untuk membawa pulang suspek sedang giat dilaksanakan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: SAJJAD DITAHAN DI THAILAND – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: JAKIM SEDIA BERI BIMBINGAN, SOKONGAN EMOSI KEPADA SAJJAD – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading