BENDERA atau panji adalah sepotong kain berlogo sebagai simbol sesebuah negara atau perjuangan. Pada zaman Mesir purba, bendera juga digunakan untuk menyelaras tentera di medan perang. Begitu juga pada zaman Rasulullah s.aw., panji adalah lambang perjuangan yang membangkitkan semangat keimanan dan pengorbanan.
Dalam keadaan aman damai, bendera adalah simbol keharmonian dan kesejahteraan negara, namun ketika berlakunya peperangan, ia mewakili maruah sesebuah perjuangan. Justeru itu keadaan atau tempat letak sesebuah bendera itu sangat dijaga kehormatannya.
Bendera mesti dikibar julang dan tidak akan dilakukan sesuka hati. Bagi mereka yang sangat tinggi nilai patriotiknya, nyawa sanggup digadai untuk menjaga maruah bendera ini. Manusia tanpa maruah umpama tubuh tanpa nyawa.
Bendera adalah simbol maruah sesebuah negara. GAMBAR HIASAN
Generasi kini mungkin tidak dapat menghayati semangat sesetengah
pejuang sanggup gugur di medan perang hanya kerana mempertahankan secarik kain.
Dua kisah sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang syahid kerana mempertahankan panji agar
tidak dirampas tentera kafir adalah panduan kepada watan untuk lebih memahami
makna maruah dan perjuangan.
Musáb ibnu ‘Umar r.a dalam Perang Uhud hilang anggota badan dan syahid
dalam kesungguhannya mempertahankan panji Islam. Musáb tetap menjulang panji
dengan sebelah tangan, dan apabila tangan sebelah lagi dipotong, beliau
merapatkan dua lengannya ke dada untuk menahan bendera itu dari terjatuh. Bendera
yang jatuh kerana gugurnya Musáb terus disambut sahabat lain.
Begitu juga dalam kisah Ja’far ibnu Abi Thalib r.a dalam Perang Mutáh.
Bendera yang dikibarkan oleh ketua perang akan dirampas dalam sesebuah
peperangan sebagai tanda kekalahan pihak musuh. Ja’far mempertahan bendera
putih yang diberikan Rasulullah s.a.w walaupun dalam keadaan hilang kedua
tangan, menahan dengan kedua lengan dan mengigitnya kukuh dengan gigi, sehingga
beliau syahid.
Menurut Ábdullah ibnu Úmar r.a, badan Ja’far terbelah dua kerana
ditetak dari belakang, dan terdapat 90 liang luka di bahagian hadapan badannya
dalam usaha menjaga panji yang diamanahkan.
Dalam kedua-dua kisah sahabat itu, tentera kuffar bertindak memotong
tangan pejuang Islam terlebih dahulu kerana di situlah panji perjuangan
dijulang. Jatuhnya sebuah panji bermakna kemenanganlah yang di pihak satu lagi.
Dari sudut kenegaraan, bendera mempunyai nilai kedaulatan dan lambang
maruah dan jati diri warganya. Kaedah dan atur cara penggunaannya yang salah
boleh menjatuhkan martabat kedaulatan yang ada pada bendera, sekaligus suatu
penghinaan kepada pemerintah tertinggi negara tersebut.
Fenomena “tersilap” memasang bendera di beberapa tempat dalam negara mutakhir ini sangat mengecewakan rakyat Malaysia. FOTO BERNAMA
Hampir tiga tahun lepas, sembilan warga Australia yang memakai seluar
renang bercorak Jalur Gemilang semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Formula One
(F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 Oktober 2016 disifatkan sebagai
tidak berbudaya kerana menggunakannya bendera secara salah.
Fenomena “tersilap” memasang bendera di beberapa tempat dalam negara mutakhir
ini sangat mengecewakan rakyat Malaysia, khususnya penduduk peribumi yang
berjuang mati-matian mempertahankan negara dari segala anasir memporak-perandakan
tanah air.
Kecuaian mereka pada ruang dan waktu yang sepatutnya menyemarakkan
semangat cinta negara mencetuskan pelbagai persepsi oleh pelbagai kaum, dalam
kepelbagaian rasa dan gelora. Dalam rasa rengsa yang masih bertebaran dalam
kalangan warga, perlakuan terhadap simbol negara ini umpama sebatang mancis
yang dilempar pada segunung sekam yang kering.
Jadi, bagaimana pula perbuatan warga yang menghina bendera negara sendiri di khalayak ramai dengan sengaja?
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests