Kata maaf hanya dalam Islam?

Status Dr. P. Ramasamy yang menyatakan maklum balasnya terhadap tuntutan maaf Dr. Zakir Naik yang dimuatkan dalam akaun Facebook miliknya semalam.

KUALA LUMPUR – Penceramah dari India yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama, Dr. Zakir Naik memohon maaf atas segala salah faham berhubung kenyataanya sebelum ini.

Walaupun kontroversi itu timbul mungkin akibat manipulasi oleh pihak tertentu yang sengaja memetik kenyataannya di luar konteks, namun Dr. Zakir bertindak sedemikian hasil asuhan agama Islam yang menuntut umatnya mementingkan keamanan.

Berpegang kepada konsep meminta maaf bukan semestinya bermakna seseorang itu membuat kesalahan, atau membuat salah sama ada dengan niat atau tidak, umat Islam digesa sentiasa mendidik hati untuk saling bermaaf-maafan untuk melembutkan hati dan menyebarkan kasih sayang.

Menurut ajaran Islam khususnya, serta agama lain secara umum, sikap suka memaafkan dan memohon maaf juga boleh memberi motivasi kepada seseorang untuk terus menjalani hidup tanpa sebarang sengketa, sekaligus mewujudkan hubungan saling hormat-menghormati.

“Saya tidak mahu mana-mana daripada anda menyimpan perasaan tidak senang terhadap saya. Bukan niat saya untuk mengganggu mana-mana individu atau masyarakat.

Ia bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini,” katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.”

Sebelumnya, beberapa hari lepas Dr. Zakir juga ada meminta Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr. P. Ramasamy, bekas Duta Malaysia ke Kanada, Datuk Denis Ignatius, ADUN Pulau Pinang kawasan Bagan Dalam , M. Satees dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memohon maaf kepadanya atas kenyataan mereka berlima mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Selain meminta keadilan buat dirinya yang berasa difitnah, tuntutan maaf itu juga mungkin dirasakan perlu untuk sama-sama membuang yang keruh demi mengekalkan keharmonian negara yang didiaminya.

Namun Dr. Zakir mungkin tersilap menilai pihak yang dituntut itu kerana Ramasamy dalam satu status akaun Facebook miliknya semalam bertegas tidak akan meminta maaf terhadap Dr. Zakir kerana perkataan maaf tiada dalam kamus hidupnya.

“Beliau adalah orang yang terakhir di dunia yang akan meminta orang lain untuk meminta maaf atas kekacauan yang telah dibuatnya di India dan Malaysia,” tulis Dr. Ramasamy.

Dalam hal ini, Dr. Zakir terlalu polos dalam sangkaannya terhadap kepelbagaian sikap manusia. Tidak semua individu mempraktikkan nilai-nilai murni dalam agama mereka. Jika semua orang taat kepada ajaran agama yang menyeru kebaikan dan kesejahteraan, tiadalah istilah pelampau dalam dunia ini.

Leave a Reply