Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEKERJA HOTEL LABUAN MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK TIANG LAMPU

DALAM NEGARA

PEKERJA HOTEL LABUAN MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK TIANG LAMPU

Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila (kiri) pada lawatan ke kawasan kejadian melibatkan kes kematian mengejut akibat terkena renjatan tiang elektrik di laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun hari ini. Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ryandeigo Roselee, 18, yang berasal dari Sook, Keningau, Sabah. — fotoBERNAMA

LABUAN: Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ryandeigo Roselee, 18, yang berasal dari Sook, Keningau, Sabah.

“Remaja itu tersentuh tiang lampu bervoltan tinggi ketika berjalan di laluan berbumbung sepanjang 50 meter yang berpagar dan tercampak ke laluan pejalan kaki,” katanya pada sidang media di sini.

Dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebelah tiang lampu di laluan pejalan kaki ketika ambulans tiba dan meninggal dunia di tempat kejadian pada 12.05 tengah malam.

Ahmad berkata mangsa ditemukan oleh abangnya yang berasa tidak sedap hati selepas menyedari adiknya masih belum pulang seperti kelaziman iaitu pada 11.30 malam (syif malam).

“Abang mangsa mengambil keputusan mencari adiknya dan menemukan si mati di laluan pejalan kaki dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Ahmad berkata pemeriksaan di tiang lampu mendapati ia dalam keadaan baik dan tiada wayar hidup yang terdedah di luar tiang lampu itu.

“Kami telah  menutup sementara laluan pejalan kaki sehingga pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan dan Saba Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan laluan itu selamat untuk pejalan kaki,” kata Ahmad.

Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa berjalan berhampiran talian elektrik yang terdedah terutamanya dalam cuaca berkabus.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading