Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRELER BAWA MUATAN KERETA BAHARU HILANG KAWALAN DI SEREMBAN

DALAM NEGARA

TRELER BAWA MUATAN KERETA BAHARU HILANG KAWALAN DI SEREMBAN

Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler berlaku di kilometer 263.1 pada jam 10.15 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.

Kredit: IPD Seremban

SEREMBAN: Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler berlaku di kilometer 263.1 pada jam 10.15 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan enam buah kenderaan jenama Proton pelbagai jenis yang belum berdaftar hilang kawalan.

“Mangsa berbangsa melayu berusia 49 tahun memandu seorang diri sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke arah Johor Bahru.”

“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak keluar dari treler yang dipandu, manakala tiga buah muatan kereta yang dibawa turut tercampak keluar di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan, mangsa pemandu treler telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Tunku Jaafar Seremban dan menerima rawatan di zon merah.”

Kes disiasat di bawah seksyen 43(1) APJ 1987 dan siasatan masih dijalankan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading