DALAM NEGARA
POLIS TAHAN SEORANG SUSPEK SAMUN BARANG KEMAS
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas bernilai lebih RM1 juta di belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah dekat sini, semalam.
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas bernilai lebih RM1 juta di belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah dekat sini, semalam.

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas bernilai lebih RM1 juta di belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Kuala Pilah, 10 malam tadi.
Katanya lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari hingga 10 Mei dan polis sedang mengenal pasti identiti seorang lagi suspek, selain penglibatan individu lain.
“Kita syaki kegiatan samun ini telah dirancang dalam beberapa hari, kalau tengok pada rakaman litar tertutup dari kedai emas tersebut, memang nampak mereka sudah bersedia dengan baik.”
“Jadi daripada situ kita cuba kenal pasti dan akan buat beberapa tangkapan lagi selepas ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam, dua pembekal barang kemas yang membawa dua beg berisi barangan itu, berdepan detik cemas apabila dirompak dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di lorong belakang kedai emas berkenaan.
Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat yang turut tular di media sosial, sebuah kereta berwarna perak dilihat berhenti berhampiran mangsa yang sedang keluar daripada kereta mereka.
Kedua-dua suspek turun daripada kereta berwarna perak itu lalu menyerang mangsa dan melarikan diri bersama dua beg tersebut.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang...
Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan QR akan dikenakan mulai 1 November 2026 dan mengesahkan...
Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali. Kami...
Kanak-kanak bawah tiga tahun khususnya tidak sepatutnya diberikan mainan berkenaan sekiranya keselamatan produk tidak dapat dipastikan,...
Cecair berkenaan dipercayai mengandungi campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat.
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.