PEKERJA LADANG BEBAS TUDUHAN EDAR DADAH LEBIH 77KG
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang sawit tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang sawit tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membebaskan Leong Hoi Aw, 52, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Beliau berkata berdasarkan semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Leong mempunyai niat bersama untuk menjalankan sebarang kegiatan dadah tersebut, memandangkan dia cuma seorang penumpang dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dadah dalam jumlah yang besar di dalam but kereta dinaikinya.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan seorang lagi tertuduh Liew Wan Wah, 45, seorang peniaga untuk membela diri atas pertuduhan sama dan menetapkan 22 dan 23 April untuk prosiding membela diri.
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan adalah bagi tujuan pengedaran dan lelaki itu mengetahui keberadaan dadah itu dalam kereta tersebut.
“Saya berpendapat bahawa tertuduh pertama telah membawa sejumlah dadah iaitu 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram dadah jenis methamphetamine dengan menggunakan kereta yang dipandunya dari satu tempat ke tempat yang lain dan tempat kejadian.
“Ini membuktikan bahawa tertuduh pertama telah membawa dadah tersebut yang menjurus kepada perbuatan mengedar dadah,” kata Hakim Abdul Wahab.
Kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah seberat 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram di Plaza Tol Gopeng arah masuk ke lebuh raya sebelum kaunter pembayaran tol serta di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada 23 dan 24 Jun 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.
Peguam Charan Singh Kartar Singh dan P Ravee masing-masing mewakili Leong dan Liew manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasinnisa Begam Seeni Mohideen.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests