Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DITAHAN BANTU SIASATAN KES DERA KANAK-KANAK

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DITAHAN BANTU SIASATAN KES DERA KANAK-KANAK

Kes tersebut terbongkar semalam apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada 5.30 petang sebelum diserahkan kepada polis.

NILAI: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata tangkapan ke atas ibu kandung, 30, dan bapa tiri berusia 22 tahun dibuat pada 1.58 tengah hari selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Kes tersebut terbongkar semalam apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada 5.30 petang sebelum diserahkan kepada polis.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur kecederaan disyaki akibat penderaan pada beberapa bahagian tubuh mangsa. Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan lanjut turut mendapati kanak-kanak berkenaan pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 2020 selepas mengalami lecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda dan atau penjara, jika sabit kesalahan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading