Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR CONTENG BAJU HINA CIKGU MENGAKU BERSALAH

DALAM NEGARA

PELAJAR CONTENG BAJU HINA CIKGU MENGAKU BERSALAH

KOTA BHARU: Dua pelajar yang menghina guru dengan menconteng di baju sekolah sambil menunggang motosikal Rabu minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan menghina.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelajar berkenaan didapati memakai baju yang mempunyai tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bulatan Chempaka, Kota Bharu, jam 4 petang pada 3 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum mengikut akta yang sama dengan denda tidak melebihi RM100.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Gayathri, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Malaysia, Nik Nazriani Nik Abd Rahman.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kedua-dua tertuduh diberi jamin RM100 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun bagi sebutan semula kes dan laporan akhlak.

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan dua individu yang menunggang dan membonceng motosikal dengan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading