Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR UPSI MAUT, EMPAT CEDERA KERETA TERBABAS LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

PELAJAR UPSI MAUT, EMPAT CEDERA KERETA TERBABAS LANGGAR POKOK

Seorang pelajar wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini petang semalam.

BEHRANG: Seorang pelajar wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini petang semalam.

Kejadian melibatkan mangsa, M Yoogavani, 20, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat lagi rakannya cedera.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.55 petang.

Katanya siasatan awal mendapati semua mangsa wanita itu dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak ke universiti terbabit di Tanjung Malim.

“Kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pokok.

“Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Jawi, Pulau Pinang dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk tindakan selanjutnya.

“Empat penumpang lain mengalami kecederaan dan turut dihantar ke HSR,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading