Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT TERMASUK DUA KANAK-KANAK CEDERA DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

EMPAT TERMASUK DUA KANAK-KANAK CEDERA DALAM KEBAKARAN

Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, awal pagi ini.

KUALA LUMPUR: Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mereka yang cedera merupakan dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan sebuah apartmen di tingkat satu di bangunan 12 tingkat yang didiami oleh tujuh penghuni warga tempatan. Semasa bomba tiba di tempat kejadian, kebakaran telah pun berjaya dipadam oleh orang awam.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sofa yang berada di ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain menyebabkan kerosakan lebih kurang 30 hingga 40 peratus di unit apartmen berkenaan,” katanya.

Norazam berkata mangsa yang mengalami kecederaan melecur di muka, tangan serta kaki dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading