PELAKSANAAN 5G DITERUSKAN MELALUI DNB HINGGA CAPAI 80 PERATUS KAWASAN BERPENDUDUK
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini diteruskan melalui Digital Nasional Bhd (DNB) sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.
Gambar Fail Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. — Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini diteruskan melalui Digital Nasional Bhd (DNB) sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Katanya peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.
“(Kepelbagaian rangkaian) bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.
“Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan 5G di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan pelan pelaksanaan 5G disemak semula kerana tidak dilaksanakan secara telus oleh kerajaan sebelum ini dan ketiadaan proses tender sewajarnya.
Fahmi berkata model itu turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.
“Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat,” katanya.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur.
Fahmi berkata kerajaan juga telah memutuskan satu entiti atau rangkaian baharu boleh diwujudkan selepas 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dicapai.
Beliau berkata pelaksanaan 5G fasa dua yang dijangka bermula Januari 2024 itu akan dibuat menerusi entiti baharu yang akan dikenal pasti kelak, dengan segala proses dibuat secara tender terbuka.
“Syarat am yang menjadi tunjang teras kepada sistem dalam pelaksanaan 5G antaranya adalah harga berpatutan kepada rakyat.
“Akhirnya, (rakyat) ingin tahu berapa kena bayar… telah sebut bagi DNB, harga borong per gigabit (GB) adalah lebih kurang 12 ke 13 sen dan itu juga asas bagi entiti (baharu),” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan pelaksanaan 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 dapat dilaksana memadangkan ketika ini jumlah capaian adalah 57.8 peratus setakat hujung Mac lepas.
“Apa yang paling utama adalah pelaksanaan 5G ini tidak ada gangguan kepada pelanggan,” katanya.
Ditanya syarikat mana yang ingin mendapatkan projek 5G di negara ini, beliau menjelaskan tidak mengetahui perkara itu namun menegaskan tidak akan melayan sebarang usaha melobi pelaksanaan 5G di Malaysia.
“Untuk berlaku adil Ericsson (kontrak) diberikan melalui proses tender. Saya fikir itu perlu ditekankan… ia melalui proses tender,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked