Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DIWAJIBKAN BERMULA 1 OGOS – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DIWAJIBKAN BERMULA 1 OGOS – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di tempat-tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam.

“Orang ramai dibolehkan mengunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Keputusan ini mengambil kira penambahan kluster-kluster baharu yang telah dikenalpasti serta atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemilik ataupun pengusaha kedai makan dan restoran serta pengunjung yang gagal mematuhi peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP), sama ada kompaun, tindakan mahkamah ataupun penutupan restoran. — AlHijrah Online / Zaim Zamani.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading