Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MAUT DIHEMPAP BAS

DALAM NEGARA

PEMANDU MAUT DIHEMPAP BAS

Gambar hiasan.

KLANG: Seorang pemandu bas maut dihempap bas persiaran semasa membaiki kenderaan itu di sebuah bengkel di Jalan Pendamar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 33 tahun yang berasal dari Sabah, maut di tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 9 malam.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas itu sedang membaiki sistem hidraulik bas sebelum alat pengangkat beban (jack) yang digunakan telah turun dengan sendirinya,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Shamsul Amar berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading