PENJARA SEHARI, DENDA RM2,500 SELEPAS RENTAS NEGERI UNTUK BERBULAN MADU

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor untuk berbulan madu, dipenjara sehari serta dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Hukuman dijatuhkan Majistret Wong Chai Sia selepas kedua-dua tertuduh Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, dan suami Azharique Shah Abdul Jalil mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu untuk merentas negeri.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang menunjukkan pasangan tersebut pergi berbulan madu di sebuah kawasan peranginan di Johor.

Pasangan tersebut turut memberikan tip kepada netizen bagaimana cara untuk merentas negeri melalui Instagram Story.

Suami isteri berkenaan telah memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Balai Polis Wangsa Maju, atas urusan perniagaan mereka ke Johor Bahru dan mereka juga mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.—AlHijrah Online

Leave a Reply