Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBIAYAAN SEHINGGA RM10,000 BANTU RIDER E-HAILING BELI MOTOSIKAL BAHARU

DALAM NEGARA

PEMBIAYAAN SEHINGGA RM10,000 BANTU RIDER E-HAILING BELI MOTOSIKAL BAHARU

KUALA LUMPUR: Tekun Nasional akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 untuk menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 bagi membantu rider syarikat e-hailing untuk membeli motosikal baharu dan modal pusingan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pemohon perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Program yang akan dilancarkan pada 7 Julai 2020 ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan dengan menggunakan dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal. Tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM 4 juta akan dimaklumkan,” kata Wan Junaidi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (24 Jun 2020).

Wan Junaidi berkata program ini diharap dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ketika diancam penularan COVID-19

Dalam pada itu melalui pembiayaan Tekun Mobilepreneur 1.0, Tekun Nasional telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motorsikal yang telah dilaksanakan sejak April 2020 sehingga kini (23hb Jun 2020).

Program itu kata Wan Junaidi diperuntukkan untuk 500 pemohon terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23hb Jun 2020.

Wan Junaidi berkata tawaran itu dibuka kepada semua rider berdaftar melalui syarikat e-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy.

Individu yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Tekun Nasional di www.tekun.gov.my. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Elza

    25 June 2020 at 9:02 PM

    Untuk pemandu grabcar layak tak buat pinjaman ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading