Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN PARTI POLITIK DITAHAN BERHUBUNG KEKECOHAN DI KAMPUNG SUNGAI BARU 

DALAM NEGARA

PEMIMPIN PARTI POLITIK DITAHAN BERHUBUNG KEKECOHAN DI KAMPUNG SUNGAI BARU 

Seorang pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penahanan lelaki berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.

“Ya, saya sahkan penahanan seorang individu bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, tujuh suspek lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan siasatan mendapati mereka bukanlah penduduk kampung berkenaan.

Siasatan juga mendapati mereka adalah ketua dan ahli sebuah pertubuhan namun belum dapat didedahkan jika mereka mempunyai agenda atau kepentingan lain berhubung insiden itu.

Insiden itu turut menyebabkan Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di kepala.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading