Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH GALAS AMANAH AGAMA, SILAP LANGKAH CETUS FITNAH

DALAM NEGARA

PENDAKWAH GALAS AMANAH AGAMA, SILAP LANGKAH CETUS FITNAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sekiranya seseorang pendakwah tersilap langkah, ia mampu mencetuskan fitnah yang besar.

Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Tugas pendakwah dalam memberi pengisian dakwah dan motivasi kepada masyarakat amat besar, malah memikul tanggungjawab dan amanah agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sekiranya seseorang pendakwah tersilap langkah, ia mampu mencetuskan fitnah yang besar.

Justeru, semangat ukhuwah dan saling menasihati amat penting dalam menjaga diri masing-masing.

“Saya memberi beberapa nasihat kepada pendakwah muda ini. Pertama, sentiasa membina kekuatan ilmu. Jangan berhenti belajar.

“Kedua, sentiasa memantapkan diri dengan pengisian ruhiyyah. Bacaan Al-Quran, zikir Al-Mathurat jangan diabai. Ia sumber kekuatan dalaman.

“Ketiga, sentiasa bersahabat dengan agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM , Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Idris, beliau telah meminta JAKIM untuk mengadakan program khusus bersama pendakwah muda seperti Usrah Bulanan yang boleh menjadi medan tarbiah kepada semua.

Terdahulu, beliau hadir dalam sesi ramah mesra bersama para pendakwah muda yang lahir daripada program realiti di Pejabat Menteri Hal Ehwal Agama.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading