Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENERANGAN PELAKSANAAN DARURAT, TAKIYUDDIN GANTI ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

PENERANGAN PELAKSANAAN DARURAT, TAKIYUDDIN GANTI ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Penerangan Pelaksanaan Darurat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadual pada Isnin ini (2 Ogos), akan diggantikan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Makluman tersebut disampaikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kertas maklumat yang telah diedarkan di atas meja Ahli Berhormat menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan memberikan penerangan berkenaan Pelaksanaan Darurat pada Isnin 2 Ogos,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahan telah dijadualkan untuk memberi penerangan mengenai Pelaksanaan Darurat seperti yang dimaklumkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading