Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN SELANGOR DUKACITA PEGAWAI KERAJAAN SELANGOR TERLIBAT RASUAH

DALAM NEGARA

SULTAN SELANGOR DUKACITA PEGAWAI KERAJAAN SELANGOR TERLIBAT RASUAH

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita selepas mengetahui beberapa pegawai kerajaan di Selangor yang terlibat dalam kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar, baginda menegaskan mana-mana pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Baginda juga bertitah, mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.

“Sultan Selangor menzahirkan penghargaan baginda kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah dapat dibanteras,” menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office.

Dalam pada itu, Sultan Selangor menggesa pihak SPRM terus menjalankan penyiasatan secara telus dan teliti serta mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tidak terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.

Tambah Mohamad Munir, baginda juga mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini adalah satu gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading