
SEREMBAN: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 berakhir secara rasmi selepas kesemua 401 pusat mengundi di seluruh negeri ditutup tepat jam 6 petang ini.
Setakat jam 5 petang ini, sebanyak 65.38 peratus atau lebih 562,133 orang daripada keseluruhan 859,760 pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN kali ini mampu mencecah hingga 75 peratus, dengan keputusan penuh dijangka diperoleh seawal 10 malam ini.
Kini, tumpuan seluruh negara pastinya terarah kepada keputusan siapakah 36 daripada 103 calon bertanding yang berjaya mendapat mandat rakyat.
Proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat antara 5.30 petang hingga 6 petang, bergantung kepada lokasi pusat mengundi. — AlHijrah Online