Tinjauan Berita AlHijrah di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan farmasi kehabisan bekalan topeng N95 berikutan permintaan yang tinggi dan mendadak. FOTO TV ALHIJRAH
PENGALAMAN berhadapan fenomena jerebu saban tahun
menambah keprihatinan orang ramai untuk lebih menjaga kesihatan diri dengan
perlindungan maksimum.
Justeru itu, permintaan topeng muka jenis N95 yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan mendapat permintaan tinggi ketika ini
kerana berupaya menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah yang berukuran 0.3
mikron sekiranya digunakan dengan betul.
Masalah yang timbul, bekalan topeng jenis ini amat berkurangan di farmasi, juga sukar didapati secara pembelian dalam talian kerana mereka tidak menyimpan stok yang mencukupi lantaran tidak bersedia dengan permintaan yang mendadak.
Hal ini diakui oleh Pengurus Bahagian Keselamatan Peribadi 3M Malaysia Sdn Bhd, Wong Siew Hooi, sebagaimana laporan Bernama sebagai berkata, terdapat beberapa pembekal tidak menyimpan bekalan yang banyak untuk perlindungan pernafasan kerana barang itu pada umumnya dalam kategori produk kurang jualannya dan tidak diperlukan pada kebanyakan masa.
“Kebanyakan masa, permintaan untuk perlindungan
pernafasan tidak tinggi yang menyebabkan farmasi tidak menyimpan kuantiti yang
besar.
“Tetapi dengan keadaan jerebu yang teruk sekarang
ini, pembekal mungkin menghadapi sedikit masalah dalam memenuhi permintaan yang
tiba-tiba mendadak,” katanya dalam satu temubual di ibu pejabat 3M Malaysia di
sini hari ini.
Wong berkata, sejak jerebu bertambah teruk dan negara dalam keadaan kritikal sejak dua minggu lepas, 3M sebagai pembekal utama topeng itu melakukan yang terbaik untuk membekalkan topeng muka N95 di seluruh negara dan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan menaikkan harganya.
Namun menurut tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Berita AlHijrah, Hanisa Hasanuddin di sekitar ibu negara hari ini, topeng itu sudah naik harga di mana terdapat peniaga yang menjualnya dengan harga mencecah RM10 untuk satu keping topeng, lebih sekali ganda dari harga biasa.
Di sebalik sikap menangguk untung di keruhnya jerebu
itu, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual topeng yang menjadi rebutan
itu dengan harga serendah RM4 sahaja seunit walaupun Pengarah Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah
menetapkan ia dijual dengan harga maksimum RM6 ringgit seunit.
Muhamad Zikril berkata, tindakan boleh diambil kepada
mana-mana pihak yang menaikkan harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan
2011.
Krew Berita AlHijrah juga sempat menemubual orang
awam, Norzura Hamid untuk meminta pandangannya tentang kenaikan harga topeng
N95 itu.
“Dalam keadaan jerebu sekarang ini, peniaga tidak
patut naikkan harga sesuka hati. Kalau harga melebihi RM10 memang tidak logik, sebab
satu keluarga bukan memerlukan hanya satu topeng sahaja. Banyak yang kena beli
untuk seluruh keluarga, jadi kos pun meningkat untuk jaga kesihatan,” katanya.
Harga topeng N95 biasanya dijual dengan harga RM4 seunit tetapi kini melambung sehingga hampir dua kali ganda apabila jerebu melanda negara. FOTO TV ALHIJRAH
Orang awam disarankan menukar topeng N95 setelah tiga
atau empat jam terdedah kepada udara jerebu, juga apabila terdapat kekotoran
seperti warna kuning atau kelabu di sekitar permukaan topeng.
Seorang lagi responden, Hemavidya Grace menyatakan
kekesalannya terhadap penjual yang menaikkan harga topeng tersebut dalam
keadaan tiada sesiapa menjangka keadaan jerebu berlaku.
“Hal ini berlaku tidak dijangka. Jadi kenaikan
harga itu sangat tidak adil kepada orang awam. Bagi kedai yang jual murah,
mereka masih ada peri kemanusiaan untuk menolong orang pada masa yang sama,”
ulasnya.
Pembantu farmasi, Nurul Ashikin Hishamudin pula berkata,
topeng jenis tersebut habis terjual dan mereka terpaksa menambah stok. Beliau
juga tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan harga untuk topeng itu.
Manakala ahli farmasi, Francis Lim yang ditemui
memberi jaminan harga topeng di kedainya tidak akan melebihi RM7.
“Topeng N95 ‘white flash’ memang akan laris. Stok
untuk sehari pun tidak cukup, semalam ada lebih kurang 20 kotak, tapi habis
juga,” jelas Lim.
Sikap suka mengambil kesempatan dalam kalangan peniaga
bukan hanya berlaku sewaktu jerebu sahaja, malah sering terjadi setiap kali berlaku
musibah dalam negara. Bekalan makanan dijual berkali ganda harga waktu musim
banjir, tong isi air yang tidak munasabah harganya waktu kemarau melanda dan
harga barang yang makanan yang terlampau mahal waktu menjelang raya.
Manusia berjiwa kapitalis sentiasa menangguk laba dari kesusahan orang lain.
– ROKIAH ISMAIL adalah Eksekutif Kanan AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager