PENUNJUK PERASAAN DI SWEDEN KECAM BARAT BEKAL SENJATA KEPADA ISRAEL
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel walaupun terdapat korban dalam kalangan orang awam.
ISTANBUL: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel walaupun terdapat korban dalam kalangan orang awam.
Menurut Agensi Anadolu, perhimpunan yang diadakan di kawasan Odenplan itu dianjurkan oleh beberapa kumpulan masyarakat sivil dan dihadiri oleh 2,000 peserta.
Penunjuk perasaan menyatakan solidariti dengan Palestin dan Lubnan selain mengkritik negara Barat kerana bersubahat dalam tindakan Israel.
Karl Kjellin, seorang aktivis Sweden menuduh Israel melakukan genosid di Gaza dan mengecam pemimpin Barat kerana meneruskan bekalan senjata.
Berhujah bahawa kedua-dua parti politik utama di Amerika Syarikat (AS) menyokong Israel, Kjellin memberitahu Anadolu bahawa tiada apa yang akan berubah selepas pilihan raya AS.
Beliau berkata tindakan Israel di rantau itu akan diteruskan memandangkan AS memastikan kesinambungan penghantaran senjata ke Israel.
Penunjuk perasaan turut berhimpun di luar Kedutaan Jerman di Dublin untuk menyatakan sokongan kepada Palestin dan mengutuk peningkatan tekanan terhadap kumpulan pro-Palestin di Jerman.
Mereka mengkritik sokongan Jerman terhadap dasar Israel, dengan mendakwa ia melanggar hak asasi dan menyekat kebebasan bersuara.
Setiausaha Jews for Palestine Ireland Jacob Woolf menggesa kerajaan Ireland supaya mendesak Jerman untuk memastikan protes secara aman kekal sebagai hak yang dilindungi.
Protes lain juga diadakan di Istanbul pada Sabtu bagi “memecahkan kesunyian terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza.”
Penunjuk perasaan berarak sambil membawa bendera Turkiye dan Palestin selain melaungkan slogan menentang Israel dan AS sambil menggunakan gendang, loceng dan wisel untuk menarik perhatian.
Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023. Serangan itu telah meragut hampir 43,800 nyawa dan menjadikan wilayah itu hampir tidak boleh didiami. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager