Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERAK: 21 BUAH SEKOLAH AGAMA DITUTUP

DALAM NEGARA

PERAK: 21 BUAH SEKOLAH AGAMA DITUTUP

Sumber: Utusan Malaysia

IPOH: Kerajaan negeri Perak memutuskan penutupan 21 buah sekolah agama rakyat (SAR) bermula 14 hingga 25 Oktober berikutan penularan pandemik COVID-19.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, semua SAR yang ditutup itu melibatkan daerah Manjung, Larut Matang, Selama, Kerian serta Kinta.

“Kita jangka kemungkinan ada lagi (penutupan) sebab beberapa tempat pelajar-pelajar melalui ujian swab jika nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ditutup, maka akan kita keluarkan pekeliling ataupun arahan untuk ditutup,” katanya.
 
Menurut Mohd Akmal, tujuh tadika Islam yang berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) di daerah Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kerian dan Manjung, turut ditutup.

Penutupan itu bertujuan untuk sanitasi dan pembersihan kawasan sekolah selain memberi ruang untuk proses saringan murid yang terlibat.

Tambahannya, tempoh penutupan bergantung kepada nasihat MKN serta Kementerian Kesihatan dan sekiranya jangkitan terkawal sekolah akan kembali dibuka seperti biasa.

JAIPK memperuntukkan RM2.2 juta kepada semua sekolah agama yang berdaftar di bawahnya, bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.–AlHijrah Online/ Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading